Asrama merupakan kemudahan tempat tinggal yang disediakan oleh pihak
sekolah kepada para pelajarnya. Ini bertujuan untuk meringankan beban
para pelajar untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. Namun, dewasa
ini, semakin ramai pelajar yang tidak tahu untuk menghargai kemudahan
yang disediakan ini dan lebih suka untuk berulang-alik dari sekolah ke
rumah setiap hari.
Fenomena ini dikatakan seiring dengan dunia yang serba moden masa
kini yang membuatkan para pelajar menjadi malas dan lebih suka untuk
bergantung kepada ibu bapa semata-mata untuk menjemput dan menghantar
mereka ke sekolah. Namun, tanpa mereka sedari, sebenarnya mereka sangat
rugi kerana tidak memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini dengan
sebaik-baiknya kerana terdapat banyak kelebihan tinggal di asrama
berbanding dengan berulang-alik ke rumah setiap hari.
Tinggal di asrama memberikan mereka pelajaran pertama untuk
berdikari. Seumur hidup mereka, mereka telah dimanjakan dengan pelbagai
kesenangan dan kemewahan hidupsehinggakan mereka tidak berpeluang untuk
menjalani hidup berdikari seperti mencuci baju sendiri, melipat kain
sendiri, menyapu, mengelap lantai, membuang sampah, mencuci tandas dan
sebagainya kerana adanya ibu atau pembantu rumah untuk menjalankan
kerja-kerja berat seperti ini.
Selain itu, proses pembelajaran juga akan menjadi lebih tersusun.
Melalui penekanan dan jadual waktu pembelajaran, mereka memiliki tempoh
pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang. Ini membolehkan mereka
menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran dan tidak terlalu terdedah
kepada gejala buruk di luar sekolah seperti melepak, berjudi, merokok,
dan bermain permainan video. Dengan kegiatan riadah yang dilakukan
memberikan keseimbangan diantara kecerdasan minda dan kecergasan
fizikal.
Tinggal di asrama mampu mendisiplinkan sikap dan kelakuan para
pelajar. Melalui jadual waktu yang ditetapkan, pelajar-pelajar akan
lebih menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri untuk mengikut
tempoh dan jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Selain itu,
tinggal di asrama juga boleh mengurangkan keadaan ‘kejutan budaya’
ketika melangkah ke alam universiti. Melalui pengalaman di sekolah
asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri
dengan suasana pembelajaran di IPT.
Selain itu, tinggal di asrama juga membolehkan ibu bapa menjimatkan
kos perbelanjaan seharian mereka. Jika pelajar tidak menetap di asrama,
ibu bapa perlu menanggung kos ‘duit saku’, ‘duit pengangkutan’ dan
sebagainya.Justeru itu, tinggal di asrama dapat meringankan beban para
ibu bapa khasnya dari golongan yang tidak berkemampuan.
Menetap di asrama juga membolehkan para pelajar untuk lebih cemerlang
dalam pembelajaran. Walaupun tetap ada yang tercicir namun peratusan
mereka adalah kecil berbanding dengan mereka yang menetap di luar
asrama. Malahan kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama mendapat
keputusan yang lebih baik dari pelajar harian kerana disiplin dan jadual
waktu yang lebih ketat daripada di rumah. Oleh itu, dapatlah kita
simpulkan di sini bahawa tinggal di asrama adalah lebih baik daripada
menjadi pelajar harian.
karangan yang baik
ReplyDeletebukan karangan baik tapi karangan macam taik babi
DeleteTibe ii pulak budak ni orang bagi contoh karangan bukan karangan yang kau nak buat masa Exam bongok tak reti bahasa punya budak
Deleteapa ni karangan macam taik la
ReplyDeletebetul tu
DeletePukimak lh kw
ReplyDelete